Gadis Selamba Kerja Angkat Tandan Kelapa Sawit Dikagumi Ramai

 



Aksi gagah seorang remaja perempuan mengangkat tandan kelapa sawit di sebuah kebun mendapat pujian netizen kerana pekerjaan itu kebiasaannya dimonopoli kaum lelaki.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook yang kenali sebagai Shahrul Ann berkata, aksi remaja itu dirakam di sebuah ladang kepala sawit dipercayai di Negeri Sembilan.

“Ok yang ni real, gadis made in Malaysia, orang Negeri Sembilan.

“Semoga Allah permudahkan urusan adik dalam mencari rezeki yang berkat,” tulisnya semalam.

Dalam klip video berdurasi satu minit 11 saat itu memaparkan aksi remaja tersebut sedang mengangkat tandan kelapa sawit menggunakan sebatang besi sebelum membawanya ke atas bukit.

Turut kelihatan seorang lelaki yang dipercayai saudara remaja terbabit.

Rata-rata netizen memuji aksi remaja wanita terbabit yang tidak memilih kerja dan sanggup menceburi kerjaya lasak yang kebiasaanya dipelopori kaum lelaki.

Gadis Selamba Kerja Angkat Tandan Kelapa Sawit Dikagumi Ramai

“Terbaik lah dik, saya pun tak mampu nak buat macam awak, 1,000 dalam satu. Beruntung siapa yang dapat jadikan dia isteri,” kata Umi Aidaa.


Sumber: Kosmo

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post